Showing posts with label maktok. Show all posts
Showing posts with label maktok. Show all posts

Sambal Kicap maktok

Ada tempe...kena ada sambal kan...

1) 7 biji cili padi
2) 1 atau 2 ulas bawang putih
3) 1 sudu besar gula & sedikit garam
4) 1 sudu teh bijan
5) 5- 7 sudu besar kicap manis
6) 3 sudu besar air asam jawa.

cara-caranya:
Tumbuk bahan 1-4, agak-agak lumat campurkan dengan kicap dan air asam jawa. Kalau nak cair, tambahkan kicap dan air asam jawa...terpulang pada selera masing-masing.




maktok

Apam Bakar... sajian tradisional...

Pernah lihat kuih ni? Ini la kuih apam bakar.. Kuih ni mudah di dapati di negeri cik siti wan kembang.. Kuih ni lebih kurang macam kuih apam biasa tu cuma bezanya apam biasa tu dikukus tapi yang ini dibakar.. lagi sedap la.

Kuih ni biasa dimakan dengan kelapa parut.. tapi ada orang suka makan dengan kari, sos tomato, sos kuih cakoi dan macam-macam lagi.. ikut selera masing-masing..

Teringin nak cuba rasa? kalau kat area seksyen 7 ni, boleh la cari di Restoran Belauk.. insyaAllah ada.. Kalau nak tempah kuantiti yang banyak, boleh order dengan kami.. :)

Selamat mencuba!!

maktok frozen... intro..

Assalamualaikum & salam sejahtera..

anda suka makan karipap? donut? murtabak?
tiada masa nak mengadunnya sendiri?
tak sempat ke kedai membelinya?
mahu menyediakan sarapan pagi dengan segera?

insyaAllah, kami boleh bantu.. takyah gi jauh-jauh.. kat taman kajang impian ni je pun anda boleh dapatkan makanan sejuk beku yg sedap dengan harga yg berpatutan, insyaAllah..nak hantar depan pintu pun bleh.. :) (free delivery utk area kajang impian & sekitar bangi dengan pembelian rm20.00 keatas)... harga boleh kurang, mengikut jumlah order.

Produk yg kami ada... sila klik sini

Macam mane? berminat? nak order? hubungi kami di sini

Sekian..
Terima kasih atas sokongan.

Wassalam..