Resepi
PECAL AYAM/ PECAL LELE
Bahan-bahan:-
Bahan-bahan:-
1) 1/2 ekor ayam (dipotong 2)
2) 7 tangkai cili padi + secubit belacan
3) 3 ulas bawang merah
4) 2 ulas bawang putih
5) 2-3 cm ubi cekur ( banyak pun tak apa, lagi sedap)
6) santan pekat
7) 7 helai daun cekur
garam, kunyit
Cara2nya :-
1) Gaulkan ayam dengan garam dan sedikit kunyit (sikit je). Bakar sehingga masak (cucuk2 sikit isi yg tebal tu dengan garfu)
2) Bahan 2-5 di blend , masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat. Masukkan garam dan perasa mengikut citarasa masing2. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan ayam tadi, biarkan sehingga kuahnya meresap ke dalam daging.
.
3) Taburkan daun cekur yang dimayang (jgn terlalu halus). Siap untuk dihidang.
** cili padi boleh juga di ganti dengan lada kering.
** ayam boleh diganti dengan ikan pari atau ikan keli...sedap sangat.
**bagi yg suka berkuah, boleh cairkan, bagi yg suka pekat, biar sampai jadi mcm ayam percik.
**lagi lama dimasak lagi sedap sehingga tulang2 tu pun boleh rasa rencahnya.