Apam Bakar: Versi Terkini...

Maktok melangkah setapak lagi.. kini dengan variasi apam perisa baru.. perisa pandan & juga coklat.. Dapatkan apam bakar baru versi terkini di Restoran Belauk Seksyen 7 BBBangi dan Anna Cafe (Uniten)..
Selamat mencuba & menjamu selera!!

Untuk tempahan, hubungi kami di sini.

TEMPAHAN KUIH RAYA

Bermula minggu ini kami membuka tempahan untuk kuih raya sehingga 1 OGOS 2010. Anda juga boleh ke http://www.hannybakers.com/ untuk melihat biskut-biskut lain.


Tart Roll
Bil: 64 biji
Harga: RM 23.00





Samprit
Bil : 49 biji
Harga : RM21.00







Greenchy
Bil : 49 biji
Harga: RM21.00





Sweet Sesame
Bil: 64 biji
Harga: RM22.00







Cornflake Crunchy
Bil: 49 biji
Harga: RM25.00





Love Alamanda
Bil: 56 biji
Harga: RM22.00






Crispy Chocolate
Bil : 64 biji
Harga: 23.00




Tempahan boleh dibuat melalui email atau boleh hubungi 019 2813580.




maktok




Apam Bakar dan Rempah Putri Ayu

Sekarang rempah Putri Ayu telah berada di Batu Pahat. Para pelanggan di derah Batu Pahat boleh membeli di pasar malam sekitar daerah anda.

Apam bakar telah berada di bumi singapura :) . Hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja... selamat menjamu selera...

Cendawan Goreng Puteri Ayu...

Anak-anak tak suka makan sayur???...


Menu ni bagus dan memang sedap. caranya sama je dengan tempe goreng. Cuma bahan utamanya ialah cendawan. Cubalah, pasti anak-anak suka.





maktok
**pastikan cendawan ditoskan dulu sebelum dicelup dlm telur. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat kerepek bayam.

Sambal Kicap maktok

Ada tempe...kena ada sambal kan...

1) 7 biji cili padi
2) 1 atau 2 ulas bawang putih
3) 1 sudu besar gula & sedikit garam
4) 1 sudu teh bijan
5) 5- 7 sudu besar kicap manis
6) 3 sudu besar air asam jawa.

cara-caranya:
Tumbuk bahan 1-4, agak-agak lumat campurkan dengan kicap dan air asam jawa. Kalau nak cair, tambahkan kicap dan air asam jawa...terpulang pada selera masing-masing.




maktok

tempe goreng puteri ayu

Masih tercari-cari idea untuk menu petang ni? Meh cuba tempe goreng puteri ayu ni. Resepi ini sangat mudah dan sedap.

Bahan yang dperlukan:

1) tempe

2) 2 bj telur

3) Tepung Goreng Ayam puteri ayu



Caranya ...celup je tempe dalam telur dan golekkan dalam tepung goreng ayam tadi. Kemudian goreng... insyaAllah yang tak suka makan tempe pun boleh jadi suka :)

** untuk makanan yang kering seperti tempe, cendawan dan bayam... gunakan telur untuk menjadikannya lebih mudah disalut tepung dan rasanye lebih sedap.

-> Nak sambal tak???


maktok

Apam Bakar... sajian tradisional...

Pernah lihat kuih ni? Ini la kuih apam bakar.. Kuih ni mudah di dapati di negeri cik siti wan kembang.. Kuih ni lebih kurang macam kuih apam biasa tu cuma bezanya apam biasa tu dikukus tapi yang ini dibakar.. lagi sedap la.

Kuih ni biasa dimakan dengan kelapa parut.. tapi ada orang suka makan dengan kari, sos tomato, sos kuih cakoi dan macam-macam lagi.. ikut selera masing-masing..

Teringin nak cuba rasa? kalau kat area seksyen 7 ni, boleh la cari di Restoran Belauk.. insyaAllah ada.. Kalau nak tempah kuantiti yang banyak, boleh order dengan kami.. :)

Selamat mencuba!!