Cendawan Goreng Puteri Ayu...

Anak-anak tak suka makan sayur???...


Menu ni bagus dan memang sedap. caranya sama je dengan tempe goreng. Cuma bahan utamanya ialah cendawan. Cubalah, pasti anak-anak suka.





maktok
**pastikan cendawan ditoskan dulu sebelum dicelup dlm telur. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat kerepek bayam.

Sambal Kicap maktok

Ada tempe...kena ada sambal kan...

1) 7 biji cili padi
2) 1 atau 2 ulas bawang putih
3) 1 sudu besar gula & sedikit garam
4) 1 sudu teh bijan
5) 5- 7 sudu besar kicap manis
6) 3 sudu besar air asam jawa.

cara-caranya:
Tumbuk bahan 1-4, agak-agak lumat campurkan dengan kicap dan air asam jawa. Kalau nak cair, tambahkan kicap dan air asam jawa...terpulang pada selera masing-masing.




maktok

tempe goreng puteri ayu

Masih tercari-cari idea untuk menu petang ni? Meh cuba tempe goreng puteri ayu ni. Resepi ini sangat mudah dan sedap.

Bahan yang dperlukan:

1) tempe

2) 2 bj telur

3) Tepung Goreng Ayam puteri ayu



Caranya ...celup je tempe dalam telur dan golekkan dalam tepung goreng ayam tadi. Kemudian goreng... insyaAllah yang tak suka makan tempe pun boleh jadi suka :)

** untuk makanan yang kering seperti tempe, cendawan dan bayam... gunakan telur untuk menjadikannya lebih mudah disalut tepung dan rasanye lebih sedap.

-> Nak sambal tak???


maktok

Apam Bakar... sajian tradisional...

Pernah lihat kuih ni? Ini la kuih apam bakar.. Kuih ni mudah di dapati di negeri cik siti wan kembang.. Kuih ni lebih kurang macam kuih apam biasa tu cuma bezanya apam biasa tu dikukus tapi yang ini dibakar.. lagi sedap la.

Kuih ni biasa dimakan dengan kelapa parut.. tapi ada orang suka makan dengan kari, sos tomato, sos kuih cakoi dan macam-macam lagi.. ikut selera masing-masing..

Teringin nak cuba rasa? kalau kat area seksyen 7 ni, boleh la cari di Restoran Belauk.. insyaAllah ada.. Kalau nak tempah kuantiti yang banyak, boleh order dengan kami.. :)

Selamat mencuba!!

Rempah Puteri Ayu

Selain produk sejuk beku, kami juga turut memasarkan produk-produk makanan jenama Puteri Ayu. Puteri Ayu merupakan produk IKS Bumiputera muslim yang berasal dari Kuantan, Pahang. Ia sudah lebih 10 tahun bertapak di pasaran khususnya di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia.

Produk-produk jenama Puteri Ayu juga telah berjaya melebarkan sayapnya hingga ke Brunei. Sila klik sini untuk membaca testemoni dari pengguna Puteri Ayu di Brunei.

Jom cuba produk Puteri Ayu!!

Klik sini untuk maklumat produk.